Assalamualaikum... Nama aku Najjah.Najjah bukan nama betul aku tapi maksudnya sama dengan nama betul aku.Apa maksud nama aku? maksud Najjah ialah berjaya.kenapa aku buat memburu Najjah? sebab aku sedang mencari,mengintai(memburu) kejayaan. Kenapa aku buat blog? aku punye suke la,hehe.. sory geng. Sebenarnya aku buat blog sebab aku rasa ni tempat yang sesuai untuk aku luahkan perasaan aku.Aku tak suka mengadu masalah aku kat orang yang aku kenal.Yang paling penting aku tak suka tulis diari.
Tak ada sorang pun manusia yang kenal aku tahu aku buka akaun blog.p/s: so, korang jangan suka hati dan jiwa nak mengadu kat family or kengkawan aku.Gurau je..
Aku student Pengajian Perniagaan semester satu kat satu kolej islam di malaysia.Aku sendiri tak tahu camne aku boleh terima tawaran kolej ni sebab masa surat tawaran tu sampai kat rumah aku,aku campak je sebab peraturan dia suruh pakai baju kurung and tudung labuh.Aku bukan boikot pakaian yang menutup aurat, aku suka tengok wanita yang bertudung labuh dan aku paling meluat tengok pompuan yang pakai tudung singkat,baju ketat(sarung nangka),ngan seluar jean(ustaz skolah aku panggil seluar setan) ketat.
Aku orang yang tergolong dalam golongan mana? sirius aku bagi tahu,aku duk kat tengah-tengah.Aku pun pakai seluar setan tu jugak tapi bukan yang ketat,aku tak suka pakai yang ketat,tak selesa langsung.Aku tertanya-tanya macammana diorang boleh bertahan ngan seluar setan yang ketat lagi sendat tu.. Aku pun pakai t-shirt,tapi t-shirt aku tak ketat.aku suka beli t-shirt lelaki sebab saiz lebih besar dan tidak mengikut bentuk badan.Tudung? aku suka pakai tudung bawal saiz sederhana, tak labuh sangat dan tak singkat sangat.Aku tak suka pakai tudung express yang macam robot tu(tudung Arini),tak selesa langsung.
Tak sampai sebulan pun lagi aku belajar kat sini.Aku dalam proses untuk menerima hakikat yang aku kena pakai baju kurung,tudung labuh,sarung kaki dan berkasut ke kelas.Nasib baik dalam setiap bilik or dewan kuliah ada airconditional,kalau tak aku dah angkat kaki dari tempat ni. Ya, aku tahu api neraka tu lagi panas dari kat dunia ni,tapi aku masih belum bersedia untuk berbaju kurung sebab aku selalu cakap kat dalam hati aku yang aku akan pakai baju kurung lepas kahwin dan labuhkan sedikit tudung aku.Lepas solat ada jugak aku berdoa supaya Allah lembutkan hati aku dan jadikan aku anak yang solehah.Mungkin sebab tu aku kat sini sekarang.President kolej ni ada cakap masa minggu aluan pelajar baru hari tu,``Kamu semua bertuah kerana Allah telah menggerakkan hati kamu supaya memilih kolej ini sebagai tempat untuk melanjutkan pelajaran"aku terus buat muka blur, betul ke aku ni bertuah??Mak aku memang tak suka tengok aku pakai seluar setan tu bila aku keluar rumah.Agak-agak apa mak aku buat kat seluar setan kesayangan aku kat rumah sekarang erk? entah-entah dah lama mak aku bakar,lepas hantar aku untuk pendaftaran terus bakar kot??
Cukup setakat ni je kot untuk kali ni,sorry 'sebab' berkasar bahasa.Parent aku ada sorang je anak pompuan sebab tu aku kasar,tak guna 'saya' tapi 'aku'.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan